Saturday, May 17, 2008

VISI, MISI, SKOP BIZ KOPERASI ALBARAKAH KUALA MUDA KEDAH BERHAD

TUJUAN
Penubuhan KOPERASI ALBARAKAH KUALA MUDA KEDAH BERHAD ini bertujuan menggalakkan budaya menabung untuk kebajikan dan mempertingkatkan taraf sosio
ekonomi anggota, khususnya, dan umat Islam, amnya, bertepatan dengan tuntutan al-Qur'an yang menganjurkan ummah "bekerjasama dalam kebajikan dan taqwa" dan "bertolong-tolonglah kamu dan janganlah berpecah-belah (al-Maidah: 2)."

VISI
  • KOPERASI ALBARAKAH KUALA MUDA KEDAH BERHAD akan berusaha ke arah kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi bagi menjadi sebuah koperasi Islam contoh yang paling berjaya dengan keanggotaan yang aktif dan modal saham yang besar.
  • KOPERASI ALBARAKAH KUALA MUDA KEDAH BERHAD akan berikhtiar untuk menyediakan kemudahan dan manfaat kepada semua anggota, di samping mendapat keberkatan dari hasil usaha dan perniagaan yang dijalankan, sesuai dengan aspirasi ekonomi Islam

MISI
  • Menggalakkan amalan berjimat cermat, penabungan, menolong diri sendiri, membantu di antara satu sama lain, dan memajukan pendidikan di kalangan anggota-anggota dan anak-anak anggota.
  • Menyediakan kemudahan untuk faedah dan perkhidmatan kepada anggota-anggota.
  • Menjalankan aktiviti dalam pelbagai bidang ekonomi berdaya maju dan dihalalkan oleh syarak.
  • Menjadi koperasi yang kompeten dalam teras utama perniagaan dengan menyediakan skim dan produk manfaat anggota yang komprehensif dan mampu untuk memberi pulangan jangka panjang kepada pemegang-pemegang saham.
STRATEGI UTAMA
  • Menambah nilai untuk semua anggota dan pemegang saham.
  • Membuat pelaburan yang berdaya maju.
  • Menyediakan skim sumber manusia untuk syarikat-syarikat anggota.
  • Memiliki sistem teknologi maklumat yang komprehensif

MANAFAAT KEANGGOTAAN

Faedah anggota-anggota akan diteliti dan ditingkatkan dari masa ke semasa mengikut keperluan anggota dan kemampuan KOPERASI,InsyaAllah, anggota akan menikmati kemudahan seperti:

•Menikmati keuntungan tahunan berbentuk dividen.

Kemudahan pembiayaan/ pinjaman jangka pendek/ panjang secara Islam.

•Berpeluang melibatkan diri dengan program keusahawanan

Hadiah tahunan menarik di atas sumbangan idea dan penglibatan langsung oleh anggota ke arah memajukan KOPERASI.

Faedah daripada tabung-tabung kebajikan

SYARAT-SYARAT KEANGGOTAAN


Keanggotaan terbuka kepada:

a.Semua warganegara Malaysia, bermaustatin dikawasan daerah Kuala Muda, Kedah
b.Berumur 18 tahun keatas,
c.Berfikiran waras,
d.Tidak pernah terbabit dengan kesalahan yang didaftarkan di bawah Registration of Criminals and Undisireable Persons Act, 1969.
Setiap permohonan hendaklah dengan mengisi borang keahlian, bayaran masuk RM20 dan saham minima RM 300.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan bayaran yuran sebanyak RM20, dan jumlah permohonan saham hendaklah sekurang-kurangnya RM300 yang perlu diselesaikan dalam jangkamasa 6 bulan pertama keanggotaan

SKOP PERNIAGAAN KOPERASI

1. INDUSTRI MAKANAN HALAL ( SME)
  • Berusaha mengeluarkan produk makanan BERKUALITI yang sebenar HALAL diperlukan SEGERA oleh pengguna dengan HARGA yang kompetitif
  • Membina pasaran dan membuka Network memasar produk keluaran KOPERASI
  • Melatih Usahawan bersama agensi berkenaan
2. PENGKOMERSIALAN PENYELIDIKAN TERSEDIA

  • MEMBINA Industri Penyedian Teknologi MATERIAL ASAS PEMAKANAN HALAL dan lain-lain
  • Strategik partnership dengan IPTA/ Agensi Penyelidikan Kerajaan mengkomersialkan penyelidikan mereka
  • MEMASUKI pasaran HALAL GLOBAL
  • Bekerjasama Agensi HALAL kerajaan
3. INDUSTRI ASAS TANI

  • Mengeluar secara komersial hasil pertanian/ ternakan secara ekonomik dan sistematik
  • Strategik partnership dengan tuan-tuan tanah dan agensi kerajaan yang berkenaan
  • Membina pasaran dan Marketing Network untuk produk pertanian/ ternakan
  • Membina Industri produk pertanian seperti bina Kilang Beras dan by-produknya
4. INDUSTRI PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN

  • MEMBUKA rangkaian Mini Market di lokasi yang strategik
  • Melatih dan membina usahawan peruncitan bersama agensi kerajaan yang berkenaan
  • MEMBINA industri Pemborongan / Pembungkusan produk
  • MEMBINA JENAMA (BRANDING) produk KOPERASI
5. INDUSTRI PELANCONGAN

  • MEMBINA Industri dengan mengkomersialkan produk eko-pelanjongan di persekitaran Kedah ,Kuala Muda
  • MEMBINA industri Homestay bersama Anggota yang berminat
  • MEMPROMOSI produk pelanjongan melalui Internet secara agresif
6. ICT Dan Multimedia

  • Membina kepakaran ICT bersama perkembangan teknologi ICT terkini
  • Membantu aspirasi kerajaan mengurang DIGITAL DIVIDE dan ambil peluang perniagaan yang tersedia
  • Menjadi pembekal teknologi ICT dengan bekerjasama pembekal lain

7. Pendidikan Dan Sumber Manusia

  • Pelajaran awal kanak-kanak (nursery),
  • Pelajaran pra sekolah,
  • Pelajaran agama seperti kelas Fardhu Ain, kelas Al-Quran,
  • Sekolah swasta, institut pengajian swasta atau kolej merupakan bidang perniagaan yang boleh diceburi oleh koperasi.
  • Dalam menjadikan bidang ini cemerlang, tumpuan kepada pembangunan penyelidikan perlu dibuat dalam pembentukan kurikulum, latihan pengurusan, latihan pakar-pakar, alat bantu mengajar serta buku yang akan digunakan dalam pendidikan ini..

Sudahkah ANDA bersedia untuk BERSAMA KAMI? BerJIHAD EKONOMI,MENGEMBALIKAN MARUAH BANGSA DAN UGAMA??


DAFTAR SEKARANG

  • ISI BORANG KEAHLIAN
  • BAYAR YURAN PENDAFTARAN RM20
  • BAYAR SYER/SAHAM RM300 (Minima)
  • JADI ANGGOTA AKTIF
  • MASUK PROGRAM KEUSAHAWAN
  • KERJA KERAS UTK JAYA DUNIA DAN AKHIRAT

AHLI LEMBAGA KOPERASI ALBARAKAH 2011

1. PENGERUSI - TN Hj MANSOR B MAHMUD
2. SETIAUSAHA- EN ROMAZI B ABDUL
3. BENDAHARI - EN ABDUL RAZAK B ABDUL HAMID
4. EN MOHD ISHAH B HASHIM - ALK
5. TN HJ ZAINOL ABIDIN BIN AHMAD -ALK
6. EN NO OR FAIZ BIN OMAR -ALK
7. EN MOHD PHUZI BIN RAMLE -ALK
8. EN MOHD YUSOF BIN WAN CHIK -ALK
9. EN MOHD ISHAH HASHIM -ALK
10.EN AHMAD SABRI BIN ZAINOL -ALK
11. EN FISOL BIN ABDUL WAHAB - ALK
12. EN ALIAS BIN ISMAIL - ALK




Sunday, May 11, 2008

BORANG FORMAT BARU SKM

SKM telah hantar borang2 penubuhan format baru termasuk Undang-undang Kecil (UUK) untuk dilengkapkan. Oleh kerana format baru,kenalah kita menyediakan maklumat dan keputusan baru...kita boleh berbincang melalui blog ini dan memutuskan melalui pengundian/poll dibawah...untuk manafaat ahli / bakal ahli yg belum ada email atau internet dirumah/pejabat, tolong sampaikan kpd mereka juga dan encourage mereka utk pasang streamyx atau mana-mana broadband sediada..mudah dan pantas utk menyampaikan maklumat. Untuk maklumat ahli semua , alamat email Koperasi AlBarakah Kuala Muda, koopbarakah@gmail.com

Sila guna alamat email di atas utk semua komunikasi dgn koperasi kita. Sila update email address anda kepada koperasi juga bersama dgn no. telefon/hp anda..

Monday, May 5, 2008

MAJLIS PENERANGAN KOPERASI OLEH PENGARAH NEGERI KEDAH SKM

Satu majlis penerangan penubuhan koperasi akan diadakan pada Selasa 6hb Mei.2008 bertempat di Bilik Mesyuarat Masjid AlBarakah Tikam Batu..
Tuan Pengarah SKM Negeri dan Pen Pengarah Wilayah Kuala Muda Kuala Muda akan membentangkan taklimat mereka.
Semua bakal ahli dan AJK penaja diminta hadhir untuk majlis taklimat itu
Pengarah SKM kedah memberi penerangan