Sunday, January 11, 2009

Projek MINI MARKET Ko - Albarakah

Alhamdulillah , Ko-Albarakah maju setapak lagi dengan projek pertamanya...pembabitan dalam bidang runcitan/ pemborongan .

Ko-Albarakah akan membuka sebuah MINI MARKET berhadapan dengan Masjid Albarakah, Tikam Batu . Persetujuan dengan tuan tanah sudah diperolehi dan perjanjian sewa tapak sedang diuruskan. Dijangka urusan pembinaan bangunan Mini Market tersebut akan dilaksanakan selepas itu..

OBJEKTIF:

>>Selain pembabitan dalam perniagaan peruncitan dan pemborongan...Mini Market Ko-Albarakah itu akan menjadi lambang dan imej Ko-Albarakah , senonim dengan nama Masjid Albarakah yang tersohor  di Kedah ini.
>>Mini Market Ko-Albarakah ini juga akan menjadi One-Stop Center- untuk semua urusan belian dan jualan hasil pertanian anggota dan penduduk setempat.
>>Menyediakan produk yang benar-benar HALAL, SUCI dan BERSIH dengan harga patut

KEAHLIAN MASIH DI BUKA

Sekiranya anda berminat untuk bersama kami menjayakan salah satu lagi FARDHU KIFFAYAH,  jadilah Anggota Ko- Albarakah dengan melanggan syer minima RM300 sahaja..Sila isi borang Ahli atau hubungi kami untuk maklumat lanjut

No comments: